Wednesday 3 August 2016

Apa itu Chia Seeds?



CHIA SEEDS TU APA?

Chia Seeds merupakan natural food berasal dari pokok Salvia Hispanica (kategori pudina). Ianya bukanlah seperti ubat-ubatan atau supplement dalam bentuk pil yang terdapat dipasaran kerana ianya bijirin asli daripada tumbuhan. Chia seeds juga pernah menjadi makanan utama dari suku Inca, Maya dan Aztec dan penduduk asal Amerika dari barat daya. Chia adalah perkataan dari suku maya yang bermaksud kekuatan. Terkenal dengan gelaran super food kerana khasiatnya yang sangat tinggi. Antaranya:

1) Tinggi #serat (11grams serat setiap pengambilan 2sudu)🏃. Umpama 1/3 daripada pengambilan serat yang disyorkan untuk orang dewasa. Amat baik untik sistem penghadaman, meningkatkan metabolisme, dan mengelakkan sembelit.

2) Mengandungi #kalsium yang tinggi 5kali lebih banyak berbanding susu.🙌 Dan dapat menguatkan gusi dan tulang 💪 Satu hidanhan biji chia mempunyai 18% daripada pengambilan harian yang disyorkan untul kalsium dan dapat mencegah osteoporosis. Kan kita biasa 👂 nak gigi dan tulang yang sihat dan kuat, kena ambil kalsium 😊

3) Kaya dengan #protein 🙆 dan #omega-3 yang baik untuk otak. Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan, malah anda yang perlu mendapatkannya dari sumber makanan. Omega juga bantu menjaga kesihatan jantung, mengelakkan keradangan dan membantu proses diet harian.

4) Dapat menstabilkan gula dalam darah dan baik untuk pesakit diabetis.

5) Mudah rasa kenyang dan mengelakkan keinginan menGambil snek. Dan ianya amat baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana biji chia mempunyai ciri hidrofolik apabila direndam dalam cecair. Bab ini saya perlu buat post khas bagi menerangkan macam mana chia seeds membantu anda untuk menurunkan berat badan 😍💁 6) Kaya dengan antioksidan yang memainkan peranan memelihara kecantikan wajah 😍, memperlahankan proses penuaan 💆, menurunkan risiko penyakit kanser, dan perlindungan terhadap sebarang kesan pencemaran alam sekitar. 

Terdapat banyak lagi manfaat chia seeds yang telah saya tulis dalan blog ini :) Anda bolehlah melihat pada entry yang lain.



Sebenarnya, untuk mengetahui kepentingan#ChiaSeeds, sudah cukup anda mengetahui apa kandungan nutriti yang terdapat didalamnya dan apakah kebaikan nutrisi tersebut kepada kita 😘

      
Sekiranya berminat untuk membeli, bolehlah whatsapp saya +60193083108 atau ke laman page FB/Insta Diamond Store.



No comments:

Post a Comment